Friday, July 9, 2010

My Last Post Here!

Assalamualaikum,

This will be the last post. Just want to let you know that I have move my blogging platform to tumblr. The web address is still the same (www.zulfadhli.net). Hope to see you there...

Thanks..

Zulfadhli

Wednesday, May 5, 2010

Ya Allah!!!

Kita semua pernah menghadapi saat-saat kesukaran dan kepayahan. Saat dimana kita merasakan satu kegelapan dan kelemasan. Terasa seperti dalam keadaan keseorangan. Seperti tidak ada jalan penyelesaian. Tetapi dalam kita tidak sedar, ketika itulah Allah paling hampir dengan kita. Allah, Ar-Rahman Ar-Rahim. Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Ketika itulah kita akan merintih kepada Dia. "Ya Allah". Sepanjang pengalaman hidup aku. Tidak pernah sekali ketika aku dalam kegelisahan dan kesusahan, aku berdoa dan doaku tidak diterima. Tidak pernah walaupun sekali dan aku yakin anda semua pun begitu. Kadangkala dengan hanya merintih "Ya Allah", sudah cukup untuk Allah memberikan pertolongan kepada kita. Itulah dia kasihnya Allah kepada hambanNya. Allah berfriman dalam surah Al-Baqarah ayat 286:


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (286)

Dibahagian pertama ayat ini, Allah menyatakan bahawa Dia tidak akan memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Yakinlah bahawa setiap dugaan yang kita hadapi, kita pasti akan mampu untuk menghadapinya kerana ini janji Allah kepada kita hamba-hambaNya. Berdoalah kepadaNya. Kepada Dia lah kita meminta pertolongan kerana hanya Allah S.W.T yang mampu menjanjikan pertolongan. Setiap kali kita merasakan bahawa kita tidak ada tempat bergantung, ingatlah Allah sentiasa ada bersama kita. Dekat dengan kita lebih dari kita mengetahuinya. Mintalah kepadaNya, rintihlah kepadaNya dan berdoalah kepadaNya. InsyaAllah pertolongan dariNya akan datang jua.







Thursday, April 29, 2010

I am a Degree Holder.. Dah tu?


Sudah lama tidak menulis. Kalau blog ni diletakkan diatas meja. Pastinya sudah berhabuk. Kali ini aku ingin berkongsi satu idea yang aku pegang selama ini. Satu idea yang aku perolehi hasil didikan ibu-bapaku. Tajuk post kali ini boleh ditafsirkan dengan bermacam-macam tafsiran. Boleh menimbulkan pelbagai persoalan. Mungkin boleh mencetuskan sedikit kontroversi dan ketidaksenangan dikalangan degree holder. Tetapi ianya sekadar untuk menarik perhatian. Bukan untuk menarik kebencian.

Sering kali kita mendengar orang berkata. "Belajar elok-elok, masuk universiti. Keluar nanti senang dapat kerja elok." Ungkapan ini bukan sahaja sering kita dengar dikalangan masyarakat kita. Malah penulis bestseller Robert Kiyosaki dalam buku beliau Rich Dad Poor Dad dipenuhi dengan ungkapan ini. Adakah benar "masuk universiti, keluar nanti senang dapat kerja elok"? Adakah benar segulung ijazah itu mampu menjamin kehidupan yang senang? Adakah benar segulung ijazah mampu mengelakkan kita dari kemiskinan? Pandangan ini sudah bagaikan satu lumrah. Mendapat pekerjaan yang baik itu penting. Mendapat gaji yang baik juga penting. Itu tidak dinafikan. Kemiskinan boleh membawa kita melakukan banyak perkara salah akibat terdesak. Kemiskinan juga boleh menjadikan kita menjadi golongan yang meminta-minta. Bukankan tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima? Tetapi disini aku ingin membawa anda semua melihat isu ini dari sudut yang berbeza.

Aku mengatakan, jika kita hanya masuk universiti untuk mendapat pekerjaan yang baik. Kita sudah silap. Degree tidak menjamin kesenangan hidup kita. Degree tidak menjamin kita untuk mendapat gaji yang baik. Malahan aku berani mengatakan, Degree berkemungkinan membuatkan kita miskin jika kita hanya belajar untuk mendapat pekerjaan yang baik. Kenapa? Aku ingin bertanya. Berapa gaji pokok kebanyakan syarikat-syaikat swasta untuk pemegang ijazah? Majoritinya sekitar RM1800 - RM2000. Apa yang boleh dibeli dan dibelanja dengan RM2000?

Sewa rumah, RM 100 - 200 (sewa ramai2).
Makan, RM300 - RM500.
Transport, (duduk dekat/naik motorsikal) RM50 - RM100. (Duduk Jauh/ naik komuter) RM200-RM350
Jumlah: RM500 - RM1000 (minimum)

Kos sara hidup ini untuk mereka yang bujang. Disebalik kos sara hidup asas ini, timbul bermacam-macam perbelanjaan lagi. Ada yang nak berkahwin. Nak beli kereta. Nak tanggung adik sekolah. Perbelanjaan untuk mak-ayah, cukai pendapatan dan bermacam-macam lagi. Akhirnya berapa yang tinggal? Benar selepas beberapa tahun, gaji kita akan bertambah. Tapi pada masa yang sama tanggungan kita juga akan bertambah. Aku tidak menafikan kita boleh hidup dengan gaji RM2000. Tapi kehidupan bagaimana yang hendak kita rasai yang aku persoalkan? Aku tidak mengatakan kita mesti hidup mewah. Boleh beli rumah berjuta ringgit. Boleh memliki kereta Ferrari atau Aston Martin. Aku mengatakan, jika seluruh hidup kita ini dihabiskan untuk belajar hanya kerana ingin mendapatkan pekerjaan yang baik dan gaji yang baik tetapi akhirnya kita hanya dibayar RM1800 ke RM2000 untuk gaji tahun pertama kita. Selepas 20 tahun lebih belajar dengan harapan mendapat pekerjaan yang baik dan dapat hidup senang, kita tidak mampu untuk membeli kereta yang selamat dan selesa dan juga rumah yang selesa untuk didiami. Selepas 20 tahun lebih kita belajar dengan harapan kita tidak akan hidup susah, akhirnya kita sebenarnya end up dengan kehidupan yang agak susah. Aku tidak mengatakan belajar itu merugikan. Agama memerintahkan kita untuk menuntut ilmu dan belajar. Ayat al-Quran pertama yang diturunkan memerintahkan kita untuk membaca. Iqra!..., Bacalah!... Aku mengatakan bahawa, jika kita belajar semata-mata untuk mendapat pekerjaan yang baik, mendapat gaji besar, kita sebenarnya telah tersilap. Ini kerana jika kita mengambil hanya 10 tahun daripada 20 tahun masa belajar kita untuk memulakan bisnes, aku yakin kita akan hidup lebih senang. After all itu yang kita mahukan bukan? Financial Security!. 

Bill Gates (Microsoft), Michael Dell (Dell Computer), Steve Jobs (Apple), Mark Zuckerberg (Facebook). Aku pasti semua yang membaca ini kenal mereka, paling tidak pun kenal company mereka. Apa persamaan diantara mereka? Mereka semua pernah masuk universiti. Kesemua mereka merupakan antara orang terkaya didunia dan yang paling penting untuk ditegaskan disini, kesemua mereka tidak menghabiskan degree course mereka. Sebaliknya mereka telah menyediakan beribu peluang pekerjaan untuk pemegang-pemegang ijazah seperti kita. Ada yang mungkin mengatakan "boleh la, diorang bukak company berkaitan dengan komputer, senang." Mungkin ada yang mengatakan, "mereka ada modal yang besar, boleh la nak startup company" Hakikatnya, kesemua mereka memulakan bisnes dengan duit mereka sendiri yang sedikit. Kesemua mereka memulakan bisnes dari dorm hostel diuniversiti dan garage rumah mereka. Tetapi berkat tekad, usaha dan keazaman mereka, mereka berjaya mencapai cita-cita mereka. Mereka tidak mempunyai degree untuk mereka "dapatkan" pekerjaan yang baik. Tetapi mereka merupakan antara golongan terkaya didunia. Kenapa begitu? Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Richard Branson, satu-satunya individu yang mempunyai 8 company yang berstatus billion dollar company. Beliau meghidapi dyslexia ketika dibangku sekolah dan agak terkebelakang dalam acdemic performannya. Memulakan perniagaan pertamanya ketika berumur 16 tahun dan kini memiliki 300 lebih syarikat dibawah syarikat induknya, Virgin Group. Masih terasa mustahil untuk memulakan bisnes yang berjaya?

Mereka mungkin tidak mempunyai degree. Tetapi mereka mempunyai ilmu dan mereka aplikasikan ilmu tersebut. Bukankah itu sebenarnya kegunaan ilmu? Untuk dipraktik dan diaplikasikan! Degree itu hanyalah sekalung ijazah yang menyatakan kita mempunyai ilmu dalam sesuatu bidang. Aku yakin CEO-CEO yana aku nyatakan tadi, ilmu mereka tidak kurang hebatnya dengan Professor-professor dalam bidang kewangan dan perniagaan.

Tidak pula aku katakan mempunyai degree itu akan menjadikan seseorang itu miskin. Donald Trump (Trump Organization),  Lary Page dan Sergey Brin (Google) dan Warren Buffet antara individu-individu terkaya dunia yang mempunyai degree. Jadi isunya sekarang bukanlah mempunyai degree atau pun tidak. Isunya sekarang ialah attitude kita terhadap tujuan kita belajar. Jika kita belajar bukan semata-mata untuk mendapat pekerjaan yang baik dengan harapan mendapat gaji yang baik, insyaAllah ilmu yang kita perolehi itu akan dapat membantu kita. Sepertimana tanah itu jika diusahakan akan memberikan hasil, jika dibiarkan boleh memberikan masalah, begitu jugalah ilmu. Ilmu itu jika dipraktikkan akan memberikan pulangan kepada kita. Jika dibiarkan, ibarat keldai yang memikul buku.

Mengaplikasikan ilmu itu penting. Tidak kira samada untuk memulakan perniagaan, bekerja dengan syarikat swasta ataupun kerajaan atau manjadi guru dan professor. Ilmu itu bila kita aplikasikan akan menjadikan kita seorang yang pakar. Seorang pakar tidak perlu untuk mencari pekerjaan. Tetapi pekerjaan datang mencari mereka. Sama seperti seorang guru tidak mencari anak murid, tetapi anak murid yang datang kepada guru. Begitulah adapnya. Begitulah lumrah dan fitrahnya. Belajarlah selagi termampu, selagi terdaya. Tidak kira secara formal atau tidak formal. Bukankah lebih baik mempunyai degree, master atau PhD dan pada masa yang sama menjadi seorang jutawan dari menjadi seorang jutawan yang tidak mempunyai academic qualification.? Aplikasikanlah ilmu yang diperolehi.

Sekadar berkongsi pendapat... 

(1) اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِى خَلَقَ

Read! In the Name of your Lord, Who has created (all that exists) (1)

 (2) خَلَقَ الإِنسَـنَ مِنْ عَلَقٍ

Has created man from a clot (a piece of thick coagulated blood) (2)

 (3) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الاٌّكْرَمُ

Read! And your Lord is the Most Generous (3)

 (4) الَّذِى عَلَّمَ بِالْقَلَمِ

Who has taught (the writing) by the pen (4)

 (5) عَلَّمَ الإِنسَـنَ مَا لَمْ يَعْلَمْ

Has taught man that which he knew not. (5)

Al-Alaq 96: 1-5

Sunday, March 14, 2010

WACANA ONLINE: Meneladani Ketokohan Sultan Muhammad Al-Fateh, HAMKA dan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi


Sultan Muhammad al-Fateh terkenal dalam ketemadunan dunia, sebagai seorang pemerintah Islam yang hebat dari segi spritual, intelektual dan sumbangannya dalam dunia Islam. Beliau telah berjaya membuka kota Istanbul di Turki dengan menawan Kota Constantinople. Kejayaan beliau bukan sahaja dari aspek strategi peperangan tetapi ada RAHSIA lain yang boleh dibongkar...

Buya Hamka atau Pak Hamka, pengarang Tafsir Al-Azhar merupakan seorang pendakwah terkenal di nusantara yang banyak jasa serta susur galur hidupnya yang boleh dicontohi. Mungkin ada yang teringat dengan buku beliau, 'Tenggelamnya kapal Van der Wijck', satu karya yang cukup unik untuk diteliti oleh generasi muda...

Sallehuddin al-Ayyubi pula adalah seorang yang berjaya menawan kembali Palestine dari tangan 'Crusade', gerakan Perang Salib Eropah. Pasti ada yang terpesona melihat kehebatannya dalam filem ' Kingdom of Heaven' walaupun adunannya adalah versi barat. Namun menarik meneliti karya Dr. Majid Kaylani apabila beliau mengungkapkan bahawa kejayaan Salahuddin al-Ayubi adalah dicetuskan oleh pembinaan satu generasi yang digerakkan sebelum itu lagi setelah kemelesetan Kerajaaan Islam Abbasiyyah,... siapakah generasi itu, bagaimana ia terbina... satu persoalan yang wajar dicungkil rahsianya oleh generasi hari ini.

Tarikh:14 Mac 2010/ 28 Rabiulawal (Ahad-Tarikh UK) -15 Mac / 29 Rabiulawal (Isnin-Tarikh Malaysia)

Masa: 8 malam - 9.15 malam (Waktu UK) / 4 pagi - 5.15 pagi (waktu Malaysia)
Boleh periksa masa anda melalui: http://www.timezoneconverter.com/cgi-bin/tzc.tzc

Medium Perbincangan: http://misgtv.blogspot.com/

(sila buka web site ini untuk maklumat 'online') Room & Online TV akan dibuka dari jam 7:00 malam waktu UK.


Pembicara :

a. Saudara Jufitri Joha - Pengerusi GPTD (http://gptderopah.ning.com/video/promo-pengenalangptd)

b. Saudara Muhammad Suhail Ahmad - Presiden GPTD / Relawan GPTD di Guongzhou, China / Pengerusi Kelab Laksamana Cheng Ho GPTD

c. Saudara Izwan Suhadak - Penasihat Kelab Hamka, GPTD Unisel / Naib Presiden GPTD

d. Saudara Faiz Mas Darwin - Relawan GPTD di Istanbul, Turki

e. Saudara Bayfateh Faizul Afzan - Pengerusi Grup al-Fateh / Pengerusi GPTD Kelantan

f. Saudara Zul Amin - Pengerusi Generasi Jil Salahudiin Al-Ayyubi

g. Saudara Shazni Abdullah - Relawan GPTD di Syria / Timbalan Presiden GPTD

h. Saudara Addawiyah Salim - Koresponden GPTD di UK


Sebagai muqaddimah... sila tonton youtube ini untuk menyegarkan minda anda:
http://misgtv.blogspot.com/2010/03/best-thing-west-do-about-islam.html


Wassalam...