Wednesday, November 11, 2009

Hidup Ini Umpama Roda

Baru lepas membaca artikel-artikel dan berita dari Malaysiakini tentang kes "Rasuah 3B" yg didakwa dilakukan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. danPengakuan Bersumpah oleh Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid yang mengandungi dakwaan bahawa DSAI mengambil rasuah RM 3b menjadi asas utama kepada kes ini. Pengakuan bersumpah ini dilakukan pada Oktober 1999 kira-kira sebulan selepas pemecatan DSAI sebagai Timbalan Perdana Menteri. Kini selepas 10 tahun, tuduhan itu dikatan tidak berasas oleh Bekas Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idrus semasa beliau memberikan keterangan dalam kes saman fitnah RM 100 juta yang difailkan oleh Anwar Ibrahim terhadap News Straits Times Press berhad dan bekas ketua pengarang kumpulannya ekoran dakwaan bahawa Anwar sebagai "ejen asing" oleh akhbar tersebut. Semua tuduhan dan dakwaan yang dilakukan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim dilakukan ketika beliau dalam keadaan lemah dan tidak berupaya untuk melawan. Tetapi mereka lupa, Allah Maha berkuasa. 10 tahun sudah berlalu. Sekarang satu-satu pihak yang menganiaya beliau dan orang-orang lain yang terlibat sama dianiayai untuk menjatuhkan beliau sedang menerima balasannya. Kita selalu lupa yang hidup ini umpama roda, kadang-kadang kita berada diatas dan kadang-kadang kita berada dibawah. Yang diatas selalu menindas mereka yang dibawah. Tapi mereka lupa, orang yang pernah berada dibawah boleh berada
diatas, dan mereka yang berbangga dengan kedudukan mereka, boleh hilang kedudukan itu dalam sekelip mata. Harta, kuasa, miskin, kaya ini semua milik Allah dan Allah itu Maha adil dan Allah memakbulkan doa orang yang teraniaya.
Salam..

1 comment:

  1. ko bc kt mane de? aku pon xtau la smpi bile org nk fitnah DSAI ni..tp kalo Nik Aziz pon org nk sgt jatuhkan, ni kn kalo stkt DSAI..pape pon idop Dato' Seri Ir. Nizar!

    ReplyDelete