Baru lepas pulang dari Leeds mengikuti usrah bulanan MISG ABIM. Perkara utama yang dibincangkan adalah mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh orang kristian. Isu ini telah lama aku ikuti tetapi tidak mampu membuat apa2 conclusion samada bersetuju untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh orang kristian atau pun tidak. Kedua-dua pihak yang bersetuju dan membangkang mempunyai hujah2 yang diperkuatkan dengan dalil-dalil dari Al-Quran. Pun begitu aku sering tertanya, kenapa mesti digunakan kalimah "Allah" untuk menggantikan God dalam Bahasa Melayu? Kalau betul lah nak menggunakan kalimah Allah kenapa tidak diminta sahaja terus untuk menggunakan kalimah Allah dalam English sekali?
Tetapi Alhamdulillah, penjelasan yang diberikan oleh ustaz Hasri Harun, Ustaz Yunus Mohd Noor dan Dr Farid Shahran dalam program usrah kali ini memberi gambaran yang jelas tentang isu ini. Setelah mendengar penjelasan tersebut, aku merasakan dan sangat bersetuju unutk melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim. Berikut adalah video2 penjelasan isu kalimah Allah yang aku rasa paling senang untuk terima hujah-hujahnya.
Pandangan Ustaz Datuk Dr. Haron Din
No comments:
Post a Comment