Jumaat yang lepas, aku ke Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi di seksyen 15 untuk mendengar ceramah dari Dato Seri Anwar Ibrahim. Turut memberi ceramah isalah Mohamad Sabu, Cikgu Li (Adun Kajang), Dr Shafie (Adun Bangi) dan Shamsul Iskandar (Ketua AMK). Seperti biasa, aku akan ke pentas untuk mengambil gambar dan kali ini aku bersama seorang rakan (Faha). Anwar Ibrahim merupakan politician favourite aku bukan sahaja kerana kepimpinan beliau tetapi juga kerana beliau merupkan subjek photography yang menarik. Dan seperti selalu gambar Anwar Ibrahim lah yang aku akan shoot selalu.
http://www.flickr.com/photos/zoolfadhlie/sets/72157620030554082/Kira-kira jam 10.30, Anwar Ibrahim tiba di Kompleks Sukan dan kemudian memberi ceramah beliau. Antara yang ditegaskan beliau ialah isu kerajaan perpaduan yang kian hangat diperkatakan sekarang. Beliau telah bercakap dengan Ustaz Hadi Awang mengenai perkara ini dan telah menyatakan akan tetap bersama Pakatan Rakyat. Antara lain yang dibangkit kan ialah isu Perak, isu rasuah dan lain-lain isu yang sering diperkatakan beliau...
http://anwaribrahimblog.com/2009/06/21/dsai-di-bandar-baru-bangi/
Wassalam...
No comments:
Post a Comment