Tuesday, June 23, 2009

Famous People Who Reverted to Islam



Salam...

Aku melihat video ni di youtube sebentar tadi. Melihat video ini membuatkan aku terkenang kembali Sirah Nabi yang diajarkan Ustaz di zaman sekolah dulu. Semasa di peringkat awal dakwah Rasulullah, sebahagian besar mereka yang kembali kepada Islam ialah dikalangan hamba-hamba dan mereka-mereka yang dianiaya. Melihat golongan Africa dan African American ini membuatkan aku sedar betapa Islam tidak melihat pada status bangsa, kuasa dan harta benda. Perinsip keadilan yang menjadi intipati agama ini telah menarik minat golongan-golongan yang ditindas ini. Golongan African American misal nya telah ditindas di bumi Amerika sejak beratus tahun lama nya. Dan Islam menjadi satu cara untuk membebaskan mereka dari terus menjadi hamba. Lihat bagaimana Malcom X atau nama Islam nya El-Hajj Malik El-Shabazz menggunakan Islam untuk membebaskan bangsanya dari terus menjadi hamba di bumi kelahiran mereka. Sesungguhnya Islam adalah agama yang lengkap untuk kita ikuti sebagai satu cara hidup. Islam tidak mengenal bangsa, status, kekayaan dan kuasa. Tetapi apa yang dilihat Allah adalah ilmu dan amalan kita dan juga hubungan kita dengan makhluk-makhluk Allah yang lain.

Sekadar berkongsi,

Salam...

No comments:

Post a Comment