Friday, October 23, 2009

Sebulan di Manchester

Assalamualaikum...

Pejam celik dah sebulan aku di Manchester. Di saat kapal terbang take-off  16 September yang lepas, aku merasakan chapter baru hidup ku sudah bermula. Ini bukannya masa untuk bertanya adakah betul keputusan aku untuk sambung belajar atau pun tak, tapi saat itu aku sedar yang aku perlu pandang kehadapan dan bersedia dengan perjuagan yang aku stop seketika selama tiga bulan.

17 September aku tiba di Manchester. Dengan rasa gementar kerana berada di tempat baru, aku mengambil teksi dan terus ke rumah Fashran, senior dan sahabat aku di UIA dulu. Alhamdulillah Fashran ada disini untuk membantu aku yang terkiyal-kiyal ditempat baru yang sejuk. Seminggu yang pertama sibuk dengan hal-hal registration universiti dengan registration accommodation di university hall.

Selesai sudah hal-hal registration, bermula lah kehidupan aku sebagai pelajar. Teringat suasana masa di UIA dulu. Classmate aku yang seramai 305 orang masih ada yang aku tak pernah jumpa walaupun
dah masuk minggu ke 4 class start.
Minggu ni dua assignments aku dah submit, ada 6 lagi assignments yang bakal menggelabahkan hidup aku. Alhamdulillah dua assignments yang aku submit minggu ni aku dapat siapkan awal sikit. Tak ada lah sampai kena stay up malam-malam macam masa dekat UIA dulu. Enam assignments yang akan datang ni pun aku cuba untuk siapkan awal. Walaupun susah tapi aku cuba untuk berubah jadi lebih rajin. Setiap hari aku mengingatkan diri ini untuk belajar, jangan kecewakan parents aku. Perbelanjaan yang begitu banyak untuk aku sambung belajar dekat sini sentiasa bermain-main dikepala. Diharapkan result master aku nanti jauh lebih baik daripada degree yang aku terima ni. Aku selalu merasakan degree yang kita dapat ni bukannya untuk kita sangat pun, tapi ianya untuk mak dan ayah kita kerana aku pasti mereka lebih gembira dari kita bila tengok kita ambil scroll (kosong.. hehe) di hari convocation. Tapi, degree di UIA baru ni bukan lah sesuatu yang mampu aku banggakan. Aku yakin sedikit sebanyak aku telah mengecewakan mereka. Master ini peluang kedua aku untuk menebus kekecewaan itu. Moga Allah permudahkan jalan untuk aku mendapatkan result yang terbaik untuk program master ni.

Semakin hari, cuaca disini semakin sejuk. Dalam masa sebulan, insyaAllah masuk musim winter. Ini akan jadi first exerience aku dengan winter. Harap-harap boleh lah tahan dengan kesejukannya. Sekarang ni pun dah mengigil2 bila nak ambil wuduk. Winter nanti kena tayammum kot (hehehe).

Bila dah ada dekat sini, teringat angan-angan masa sekolah dulu nak sambung belajar dekat overseas. Angan-angan itu telah tercapai. Diharapkan aku tidak terhanyut dengan dunia disini. Aku mengharapkan Allah sentiasa mengasihi aku dan menjaga iman aku sampai ke akhir hayat ini...

Wassalam

1 comment:

  1. ko banyak salah eja ni pasal tangan menggigil tekan keyboard ke? hahahahahahahahaha...lek ar...
    waa...bagus2 tu la azam yg patut setiap student tu letak dalam kepala otak dorg...tp zul,jgn asik study sampai tension...enjoy kene jugak...work with no play make jack a dull boy...tapi balance la...time blajo,blajo..time enjoy,enjoy..

    ReplyDelete