Sunday, October 25, 2009

Setiap Muslim itu bersaudara

Assalamualaikum...

Dah 6 minggu aku dekat sini. 2 assignments dah aku submit. Walaupun jauh dari keluarga dan sahabat-sahabat, kadang kala aku masih terasa seperti berada di Malaysia. Terutama sekali ketika bersolat Jumaat. Melihat begitu ramai saudara-saudara semuslim membuatkan aku berasa selesa. Alhamdulillah, 1/4 daripada classmate aku beragama Islam. Setiap kali bertemu dan berkenalan dengan mereka, timbul perasaan seperti sudah lama mengenali mereka. Berjumpa untuk kali kedua, sudah boleh bersembang macam kami berkawan baik. Mungkin itulah yang dimaksudkan dengan setiap Muslim itu bersaudara.

Walaupun berlainan bangsa dan negara, tetapi Islam merapatkan jurang tersebut. Tertanya-tanya samada penganut agama lain mampu melakukan apa yang Islam telah lakukan? Bolehkah penganut agama Kristian, Yahudi, Budha dan lain-lain yang berlainan bangsa mendapat nikmat persaudaraan yang kita rasa? Mampukah mereka mengangap sahabat-sahabat mereka yang berlainan bangsa tetapi berkongsi agama yang sama sebagai saudara mereka atau keluarga mereka? Aku tak pasti, tapi yang
pasti nya kita (Islam) mampu lakukannya kerana Islam itu tidak mengenal bangsa, negara dan warna kulit dan  kita bersatu dengan satu kalimah iaitu syahadah!
Islam itu indah...


Wassalam

No comments:

Post a Comment