Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". Al-Baqarah, 286
Ayat Al-Quran yang menjelaskan bahawa setiap dugaan dan ujian yang diberikan Allah itu tidak akan ada yang tidak mampu ditanggung oleh oleh hambaNya. Ayat ini jugalah yang menjadi sumber motivasi untuk saya setiap kali dilanda masalah. Semoga ianya menjadi sumber inspirasi dan motivasi untuk sahabat2 sekalian.
Saturday, June 6, 2009
Al-Baqarah - 286
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
betul tuh..Allah xkan bebankn hambaNya dgn ujian yg x mampu oleh hambaNya..setiap dugaan yg dtg tu sumenye ade hikmah disebaliknye..
ReplyDelete