Baru lepas membaca blog Bro Khairusy, melihat begitu banayak buku-buku yang dibaca beliau membuatkan aku terpandang ke rak buku aku. Buku aku sememangnya tak sebanyak buku Bro Khairusy kerana aku baru 4 tahun menjadikan membaca buku sebagai satu hobi. Sempat aku membawa beberapa buku yang belum aku baca. Tertanya-tanya bila agaknya nak baca buku-buku tersebut.
- The Ideal Muslim by Dr Muhammad 'Ali A-Hashimi
- Enjoy Your Life by Dr Muhammad 'Abd Al-Rahman Al-'Arifi
- The Success Principles by Jack Canfield
- You Call the Shots by Cameron Johnson
- The E-Myth Enterprise by Michael E. Gerber
- The Under Cover Economist by Tim Harford
Diantara 6 buku di rak yang belum aku baca ada yang sudah hampir dua tahun aku beli. The Ideal Muslim tulisan Dr Muhammad 'Ali al-Hashimi yang di alih bahasa oleh Nasiruddin al-Khattab merupakan antara buku yang aku sempat baca sedikit beberapa bulan dulu. Tetapi berhenti ditengah jalan gara-gara menyiapkan dissertation (kerja last minute..). Diharapkan mempunyai kerajinan untuk
menghabiskan buku ini dalam 7 hari yang akan datang. Setakat yang sempat dibaca, buku ini berkisar tentang ciri-ciri peribadi lelaki Muslim menurut Al-Quran dan Sunnah. Ianya tentang bagaimana hubungan Muslim itu dengan Allah, dirinya sendiri, keluarganya, ibu-bapanya, sahabat-sahabatnya dan masyarakat sekeliling.
The Ideal Muslim
By Dr Muhammad 'Ali al-Hashimi
Translated by Nasiruddin al-Khattab
dari sini dah nampak betape hebatnye fader berbanding kami semua...hahahaha...buku pun dah ilmiah abes...
ReplyDeleteaku peduli ape...yg penting ko tgk gambo anak buah aku kat blog aku...comey cam aku je...hahahaha...